Kenali Jana SE
Jana SE adalah projek sosial enterprise yang diusahakan oleh Altruis, (website : https://altruis.my/). Tujuan projek ini mudah – kami nak berdikari dari segi kewangan supaya semua keuntungan jualan dapat digunakan semula untuk menjalankan program komuniti di Rebung Altruis, pusat komuniti untuk anak-anak dan keluarga B40.
Apa yang Kami Jual?
Di Rebung Altruis, kami sediakan pelbagai pilihan minuman & snek harian yang digemari ramai:
Minuman segar – 100 Plus, Vida, Yeo’s, Sunquick, Oatside, Air Mineral
Snek & oat – Quaker Oat, Munchy’s Oat, Julie Oat 25
Semua item ini boleh didapati eksklusif di Rebung Altruis sahaja.
Kenapa Kami Mulakan Projek Ini?
✔️ Untuk memastikan Altruis lebih bebas kewangan tanpa terlalu bergantung pada sumbangan luar
✔️ Supaya setiap pembelian kecil anda jadi sumbangan besar untuk pendidikan, latihan, dan program pembangunan komuniti di Rebung
✔️ Bagi peluang kepada komuniti Lembah Pantai untuk membantu sambil membeli
Bila Anda Beli, Anda Sebenarnya sedang Memberi
Setiap botol air, setiap biskut yang anda nikmati bukan sekadar memenuhi keperluan harian – ia juga menyalakan harapan baru untuk komuniti kita.
Singgah ke Rebung Altruis, Lembah Pantai dan sokong Jana SE.
Sama-sama kita bina komuniti yang lebih kuat, dari kita untuk kita.